Salam Semua..:)
Rasa bagai bertahun tak update blog kan..??? Dah bersawang rasanya..heheh mlampau la tu kn..Bukannya apa..masa xbrapa cukup la skrg2 nih..Byk benda perlu sttlekn..
Sejak sebulan ni both us bz mencari rumah yg sesuai area2 Kulim + Seberang..Yea la..husb mb akn transfer semula ke png utk kenaikan pangkat..Alhamdullilah..Bila dh naik pangkat..gaji mesti up lg kn..hehehhe itu I suka..!!! Alaun I pn sure bertambah kn kn..heheh Husb ckp gaji dia dh 'mati' setakat itu sepatutnya..Kalau dpt pun mb alaun..xkisah la kn apa2 pn..Tapi kehidupan skrg pun dh sgt senang dh..syukur..
So far ada la 2@3 rmh menjadi pilihan..Skrg ni husb tngh tunggu surat je..mb dlm seminggu dua ni dpt la surat tu..itupun kalau xder pertukaran last min..Later2 I update yea..sama ada kami berpindah ke tidak..
Berbalik pd topic di atas...last day I masak Kurma Kambing..hihihi Baru ni both us gi tesco..beli brg2 dapur..Husb tringin nk mkn daging kambing..I xpernah masak kambing sblm2 ni..adehh laa..tp tekad jugak..akhirnya menjadi n hsb ckp sedap..Husb mkn BANYAK okeh..!!! dasyat2..hehehhe
Ada yg bertanya resepi..Ok I share kn dsini yea..
Kurma Kambing
Sedap hingga menjilat jari...Bahan - Bahan
300gm daging kambing (agak2 je)
2 bj ubi kentang
1 labu bawang besar- belah dua
2 bj cili hijau
2 bj tomato
50gm yogurt (I masukkan sbb xada)
125gm susu ideal ( I gantikan dengan santan)
1 btg serai-titik ( I xmasukkan sbb terlupa..hihi)
garam
Bahan Kisar
2cm halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada sulah
200gm gajus ( agak2 je..I ambil segenggam)
200gm biji badam (agak2 je..I ambil segenggam)
50gm daun pudina (Ixmasukkan sbb xada)
Bahan Tumis
150ml minyak sapi
2cm halia
3 sudu besar minyak
3 bj buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2cm kulit kayu manis
4 ulas bawang merah
2 ulas bwang putih
2 tangkai daun kari
Cara - Cara
1. Rempah kurma jadikan paste dan masukkan daging kedalam bekas dn asingkan.
2. Tumis semua bahan tumis hingga kekuningan kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak (proses ini agak lama dengan api yg sederhana)
3. Setelah pecah minyak masukkan rempah dn daging tadi..Boleh masukkan air sedikit.
4. Agak 10-15 min boleh masukkan ubi kentang.
5. Setelah daging dan ubi kentang sudah empuk..bawang besar,cili hijau,tomato,susu cair@ santan serta garam secukup rasa.
6. Biar masak seketika,agak2 10 min..kemudian bleh dihidang
* Resepi ini kuahnya akn menjadi agak pekat sbb kita kisarkan sekali gajus dn badam
Kalau nk resepi yg lebih simple pun boleh...
Bahan - bahan
Daging kambing
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bj bawang besar- dibelah dua
1 bj cili merah @hijau
2cm halia
2 bj ubi kentang
2cm kulit kayu manis
4 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Santan (agak2 setengah cawan)
Minyak sapi dicampur dengan minyak masak
Garam
Rempah kurma (agak2
3@4 sudu besar)
Cara - cara
1. Rempah kurma dijadikan paste dn masukkan daging kambing-asingkn
2. Tumis semua bahan seperti bawang merah,bawang putih,buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih,kayu manis,dan halia.
2. Setelah kekuningan masukkan rempah kurma dn daging td.
3. Biarkan selama 10 min kemudian masukkan ubi kentang (kalau nk tmbah carrot pn boleh)
4. Setelah agak2 empuk..masukkan cili dan bawang besar,santan dan garam secukup rasa.
5. Biar seketika..kemudian bleh dihidangkan.
** Pada sesiapa yg berminat,boleh lah mencubanya yea..:)